Monday 15 July 2013

Program rumah transit

KUALA LUMPUR, 11 Julai 2013- Kerajaan akan memperkenalkan program 'rumah transit' untuk pasangan muda baharu berkahwin dan berpendapatan bulanan bawah RM3,000 dalam usaha mengurangkan beban mereka.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata program dijangka dilaksana tahun depan. Kerajaan akan memperuntukkan 10 peratus daripada rumah kos rendahnya untuk disewa pasangan ini selama dua tahun dan tumpuan program adalah di kawasan bandar besar seperti Kuala Lumpur, katanya.

         "Pada pandangan kerajaan, dalam tempoh dua tahun mereka mampu berdiri sendiri untuk mencari jalan membeli rumah pertama kerana mereka tidak boleh tinggal di rumah transit selama lamanya," katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.

Abdul Rahman berkata rumah transit itu akan disewa pada kadar RM124 sebulan, sama seperti kadar yang dikenakan kepada penyewa di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR). Ketika ditemui pemberita kemudian, Abdul Rahman berkata kementerian itu menyasarkan untuk melancarkan projek rumah transit itu di Kuala Lumpur tahun depan.

Sebagai permulaan katanya kerajaan bercadang mengkhususkan 10 peratus daripada setiap projek PPR sedia ada dan yang bakal dibina untuk dijadikan rumah transit itu.

"Kalau boleh saya mahu seluruh blok bangunan itu dijadikan rumah transit. Kita mungkin menjadikan rumah PPR sebagai rumah transit," katanya menambah dalam jangka panjang kerajaan berharap dapat menyediakan 5,000 unit rumah transit di seluruh negara.

Katanya beliau juga merancang untuk berbincang dengan Kementerian Wilayah Persekutuan bagi mengambil alih Flat San Peng di Pudu untuk dijadikan projek rumah transit bagi pasangan muda.

Abdul Rahman berkata selain berpendapatan bulanan kurang daripada RM3,000, kriteria lain yang melayakkan pasangan muda memohon rumah transit ialah berusia di bawah 30 tahun. - Bernama

Cara mudah dan jimat hilangkan kesan tar pada kenderaan

          Senang je nk hilangkan kesan tar yang bertompok2 pada badan kenderaan kita, walau pon tak nampak, kita boleh rasa dengan menyentuh bahagian bawah pintu hadapan kereta, terasa kasar dan berbintik-bintik hitam kan.

         Mula - mula, kita sediakan bahan-bahannya dahulu, iaitu semangkuk air sabun , minyak petrol secukup rasa, dan span. Itu sahaja, jimatkan? hehe..petrol tu sedut la kat mane2. Seelok-eloknya proses ini dilakukan selepas kita mencuci kenderaan, baru kita nampak bahagian mana yang betul2 hendak di bersihkan nanti. selepas itu kita gunakan span lembut , cicahkan dengan minyak petrol tadi, dan gosokkan pada bahagia kekotoran tar tersebut, (peringatan jangan biarkan minyak petrol itu di gosok terlalu lama pada badan kenderaan), buat dalam lingkungan 1minit sahaja, selepas itu bilas denga air sabun, dan jika terdapat kotoran tar lagi, gosok semula seminit dan bilas,begitulah berikutnya sehingga licin. Dan ahir sekali bilas dengan air bersih. Selesai... 

       Jangan buat dengan kerap, kemungkinan akan menjejaskan cat pada kenderaan anda. Sekian terima kasih, Semoga berjaya!!

SEMBANG