Tuesday 15 January 2013

Borang Permohonan BL1M Bantuan Lesen 1Malaysia Online

Borang Permohonan Dan Pendaftaran BL1M Bantuan Lesen 1 Malaysia. Hanya lesen motosikal sahaja diperuntukkan dibawah program ini. Skim ini bertujuan untuk membantu warga Malaysia khususnya golongan muda untuk memiliki lesen motosikal yang sah selain memberi kesedaran mengenai undang-undang jalan raya dan membina etika pemanduan berhemah.


Objektif  BL1M

  • Menggalakkan pemilikan lesen pemanduan yang SAH.
  • Membantu BELIA yang amat memerlukan lesen tetapi kurang mampu.
  • Menggalakkan pendidikan tentang undang-undang jalan raya serta membina etika pemanduan berhemat.
  • Merealisasikan hasrat kerajaan untuk mencapai kadar kemalangan jalan raya yang minimum.
  • Memberi lesen kepada penunggang motosikal dengan kadar murah diakhir kursus pemanduan mereka.

Syarat Kelayakan
  • Semua warganegara MALAYSIA berumur di antara 17 hingga 40 tahun pada atau selepas 01 Januari 2013
  • Tidak pernah memiliki sebarang jenis kelas lesen memandu
  • Hanya sah untuk lesen Kelas B2 sahaja
  • Sihat tubuh badan
  • Menepati semua kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak Penganjur dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ)
  • Dikenakan yuran sebanyak RM199.00 (dibayar semasa program pendaftaran dijalankan secara Money Order pada ‘My E.G. Services Berhad’)
  • Sila bawa kad pengenalan asal semasa proses pendaftaran.
  • Menduduki semua ujian yang ditetapkan oleh pihak JPJ

Cara Permohonan BL1M Bantuan Lesen 1Malaysia


1. Untuk membuat permohonan, sila dapatkan borang dengan klik pada laman dibawah:

  • http://www.bl1m.my/bl1mWeb/PublicLPAgentForm.zhtml  (Borang BL1M Online) atau
  • http://www.bl1m.my/

2. Pemohon berdaftar akan menikmati yuran diskaun untuk lesen motosikal kelas B2 yang mana mereka hanya perlu membayar sebanyak RM199.00.

Contoh Borang Online BL1M

Nota: Sekiranya anda tidak dapat akses borang tersebut melalui link yang telah diberikan. Ini berpunca dari server yang agak sesak ketika ini.




Tarikh Keputusan Permohonan BL1M

Keputusan pendaftaran akan diumumkan selepas 2 minggu dari tarikh pelancaran oleh YAB Perdana Menteri. Pihak penganjur akan menghubungi tuan/puan sebaik sahaja keputusan diumumkan.

Lokasi Penggunaan BL1M

Program ini akan dijalankan di mana-mana Institut Memandu yang dilantik oleh Parlimen berdekatan kawasan tuan/puan.
















SEMBANG